Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Macron azam bina Perancis yang ‘lebih kuat dan adil’

    PARIS, 17 JAN – Presiden Emmanuel Macron kelmarin berusaha untuk memberikan nafas baharu bagi penggal terakhirnya dengan janji untuk Perancis yang ‘lebih kuat dan adil’, pada sidang akhbar yang jarang berlaku yang dipenuhi dengan sejumlah pengumuman yang bertujuan untuk membentuk tanggungjawab dan keselamatan awam yang lebih besar.

    Dengan lebih tiga tahun penggal kedua dan terakhir beliau, Macron telah menerima tekanan dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas beberapa krisis dan cabaran yang semakin meningkat daripada parti sayap paling kanan.

    Minggu lalu, beliau mengumumkan kabinet baharu dengan kecenderungan berhaluan kanan, menamakan Gabriel Attal, 34, sebagai perdana menteri termuda Perancis diikuti dengan sidang akhbar domestik berskala penuh pertamanya dalam tempoh lima tahun.

    Beliau mengumumkan percubaan yang boleh mendorong pakaian seragam sekolah menjadi wajib dalam dua tahun akan datang, berkata semua kanak-kanak harus mempelajari lagu kebangsaan Perancis, La Marseillaise dan mengemukakan idea agar semua pelajar sekolah mengambil kursus drama.

    “Saya yakin kita mempunyai asas untuk berjaya,” kata Macron, seterusnya memberitahu pemberita yang berkumpul di bawah candelier Istana Elysee ‘anak-anak kita akan hidup lebih baik esok daripada kita hidup hari ini’.

    “Perancis akan menjadi lebih kuat jika kita lebih bersatu, jika kita belajar semula untuk berkongsi nilai, budaya bersama, hormat-menghormati di dalam bilik darjah, di jalanan, dalam pengangkutan awam dan di kedai-kedai,” katanya, sambil diperhatikan oleh pasukan kabinet baharu beliau. – AFP

    Macron menjawab soalan semasa sidang akhbar pertamanya di Istana Elysee, Paris pada 16 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda