Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Madrid mara ke final Piala Dunia Kelab

    RABAT, MAGHRIBI, 9 FEB – Real Madrid mengesahkan tempatnya kelmarin dalam perlawanan akhir Piala Dunia Kelab dengan kemenangan 4-1 menentang kelab Mesir, Al Ahly untuk meneruskan usaha memburu kejuaraan dunia kelapan.

    Vinicius Junior, Federico Valverde, Rodrygo dan Sergio Arribas menjaringkan gol untuk pasukan Sepanyol itu, yang akan menentang Al-Hilal pada perlawanan akhir Sabtu ini.

    Pasukan Arab Saudi itu telah menewaskan kelab Brazil Flamengo 3-2 pada Selasa.

    Madrid telah memenangi kejuaraan kelab dunia dengan rekod tujuh kali, termasuk tiga kali ketika pertandingan itu dipanggil Piala Antara Benua.

    Madrid sedang mengejar gelaran kelab dunia pertama sejak 2018.

    Rodrygo meraikan kejayaan menjaringkan gol ketiga pasukannya semasa perlawanan bola sepak separuh akhir Piala Kelab Dunia FIFA di Stadium Prince Moulay Abdellah di Rabat. – AFP

    Ali Maaloul menjaringkan gol tunggal untuk Al Ahly, dengan pasukannya sudah ketinggalan 2-0 pada separuh masa kedua. Vinicius membuka jaringan pada minit ke-42 untuk gol ke-50nya dalam 202 perlawanan bersama Madrid.

    Valverde menambah pendahuluan pada awal babak kedua sebelum Rodrygo dan Arribas memastikan kemenangan pada masa kecederaan.

    Ia adalah gol pertama untuk Arribas yang berusia 21 tahun bersama pasukan utama Madrid.

    Madrid bertanding tanpa enam pemain cedera, termasuk penyerang Karim Benzema, pertahanan Eder Militao dan penjaga gol Thibaut Courtois.

    Madrid bergelut baru-baru ini, hanya memenangi dua daripada tujuh perlawanan terakhirnya dalam tempoh yang termasuk kekalahan menentang pesaing Barcelona dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol di Arab Saudi.

    Madrid memenangi Piala Dunia Kelab pada 2014 di Maghribi memegang kejuaraan dari 2016 hingga 2018. Gelaran lain pada tahun 1960, 1998 dan 2002 datang dalam Piala Antara Benua.

    Kali terakhir pasukan bukan Eropah memenangi Piala Dunia Kelab ialah pada 2012, apabila Corinthians Brazil menewaskan Chelsea 1-0 di Jepun. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda