Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Madrid mara ke final Piala Super

    RIYADH, 12 JAN – Thibaut Courtois menjadi bintang Real Madrid ketika mereka menewaskan Valencia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 di Riyadh pada Rabu, untuk mara ke final Piala Super Sepanyol.

    Juara Piala Super berada di bawah prestasi terbaik mereka sekali lagi di tengah-tengah permulaan yang sukar untuk 2023, tetapi Courtois memberikan persembahan yang cemerlang setelah menafikan percubaan Jose Gaya dalam sepakan percuma pada masa tambahan. Madrid akan menentang, sama ada Barcelona atau Real Betis yang bermain pada Khamis, dalam perlawanan akhir Ahad ini. Juara La Liga Madrid, berdepan naib juara Piala Sepanyol, mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan dalam masa 90 minit tetapi memerlukan Courtois untuk melakukan penyelamatan refleks yang menakjubkan untuk menghalang Fran Perez pada masa tambahan.

    Karim Benzema telah memastikan Madrid di depan melalui sepakan penalti pertama. Akan tetapi, sepakan penalti pasukan Gennaro Gattuso menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua menerusi Samuel Lino. Penjaga gol Valencia, Giorgi Mamardashvili juga membuat beberapa penyelamatan bola yang sangat baik, termasuk satu daripada Vinicius Junior pada masa kecederaan, memaksa perlawanan memasuki babak masa tambahan.

    “Courtois adalah satu daripada empat atau lima orang penjaga gol terbaik di dunia, tetapi penjaga gol saya melakukan empat atau lima penyelamatan yang sangat baik,” kata Gattuso.

    “Pihak kami tidak bernasib baik. Di dalam bola sepak awda perlu bertuah dan hari ini kami tidak mempunyainya. Kami terlepas dua sepakan penalti,” katanya lagi Piala Super Sepanyol pertama kali diadakan di Arab Saudi pada 2020 dengan format pasukan empat akhir – dan akan kekal di negara itu sehingga sekurang-kurangnya 2029, walaupun kritikan ter-hadap rekod hak asasi manusia tuan rumah. – AFP

    Penyerang Real Madrid, Karim Benzema (kanan), penjaga gol Belgium Real Madrid Thibaut Courtois (kiri) dan rakan sepasukan meraikannya selepas memenangi perlawanan bola sepak separuh akhir Piala Super Sepanyol – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda