Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Majlis khatam rai ulang tahun ke-35 Masjid Kg Masin

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Seramai 35 orang yang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid, Muslimah, belia, beliawanis dan jemaah Masjid Kampung Masin telah diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran 35 Kali Khatam sempena ulang tahun ke-35 masjid berkenaan, hari ini.

    Hadir pada majlis yang berlangsung di masjid tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman. Atur cara telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, diikuti dengan bacaan khatam Al-Quran beramai-ramai oleh peserta khatam yang diketuai oleh Imam Masjid Kampung Masin, Haji Mohd Zainul Hasramin bin Haji Mohd Hassan.

    Acara diikuti dengan bacaan takhtim dan Doa Khatam sebelum diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para peserta khatam. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keagamaan) di KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang; serta para pengarah, penolong pengarah, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan daripada KHEU dan Jabatan Hal Ehwal Masjid.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyampaikan cenderahati kepada salah seorang peserta khatam pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Masin, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...