Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis rai 11 peserta khatam

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Majlis Perundingan Kampung (MPK) STKRJ Sungai Buloh, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran anjuran Biro Wanita MPK STKRJ Sungai Buloh di Dewan Muafakat Peladang, Kampung Tanah Jambu, hari ini.

    Pada majlis itu, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, hadir selaku tetamu kehormat majlis.

    Majlis khatam Al-Quran pada tahun ini merupakan kali kedua ia diadakan dan disertai oleh 11 orang peserta.

    Ketua Kampung STKRJ Sungai Buloh (Bukit Sibanging), Awang A Hamidun bin Mohd Daud, selaku pengerusi majlis, antara lain telah mengongsikan mengenai kelas mengaji Al-Quran yang diadakan empat kali dalam sebulan.

    Jelasnya, kelas mengaji yang diadakan di kediaman beliau sendiri mula dilancarkan pada tahun 2019 dengan tujuan untuk menghalusi bacaan dan memahami isi kandungan yang terdapat dalam Al-Quran.

    Turut hadir di majlis itu, ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Lawi bin Lamat, dan Pemangku Penghulu Mukim Mentiri, Haji Awang Mohamad Eddie Hardey bin Haji Awang Ibrahim serta ketua-ketua, pemangku ketua-ketua kampung Mukim Mentiri.

    Tetamu kehormat bergambar ramai bersama peserta khatam pada majlis yang diadakan di Dewan Muafakat Peladang, Kampung Tanah Jambu, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN MPM STKRJ SUNGAI BULOH
    GAMBAR SERAHAN MPM STKRJ SUNGAI BULOH

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda