Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia bakal bertembung Turkmenistan, Hong Kong

    PETALING JAYA, 20 FEB – Skuad Harimau Malaya bakal berdepan Turkmenistan pada 23 Mac dan Hong Kong pad 28 Mac dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor.

    Ketua jurulatih pasukan negara Kim Pan Gon berkata kedua-dua pasukan itu; Turkmenistan yang berada pada kedudukan ke-135 dunia dan Hong Kong (146), mahu membalas dendam ke atas anak buahnya susulan kekalahan mereka sebelum ini.

    Malaysia, ranking ke-145 dunia, menewaskan Hong Kong 2-0 dalam perlawanan persahabatan dan Turkmenistan 3-1 dalam kelayakan Piala Asia 2023, kedua-dua pertemuan diadakan Jun lepas di Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Pan Gon berkata pihak kejurulatihan mahu skuad Harimau Malaya bermain menentang satu pasukan yang kuat dan satu pasukan yang mempunyai kekuatan sederhana, bagi memberikan pendedahan kompetitif terbaik, selain mengekalkan ranking sebagai 25 pasukan terbaik di Asia bagi mengelakkan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, dijangka bermula Oktober ini. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda