Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia buru suspek berkaitan lelaki Israel

    KUALA LUMPUR, 2 APRIL – Pasukan keselamatan Malaysia telah melancarkan gerakan memburu lebih ramai suspek selepas menahan seorang lelaki Israel yang ditangkap bersama enam pucuk pistol dan 200 peluru, kata polis pada kelmarin.

    Shalom Avitan telah ditahan pada 27 Mac lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur setelah tiba dari Emiriah Arab Bersatu pada 12 Mac dengan membawa dokumen perjalanan Perancis, menurut siasatan polis.

    Dia memberitahu tujuannya ke Malaysia untuk mencari seorang lagi warga Israel kerana pertikaian keluarga tetapi beberapa laporan media mendakwa dia ada kaitan dengan sindiket jenayah.

    Polis sedang menyiasat sama ada dia seorang pengintip berikutan dia mempunyai senjata yang dibeli daripada pasangan penganggur dari Malaysia yang mendakwa senjata itu diperolehi dari Thailand. – AFP

    Razarudin Husain bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur pada 2 April berikutan tahanan suspek berkaitan tangkapan lelaki Israel yang memiliki enam pistol. -AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda