Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Manfaatkan aplikasi VSP bantu cegah jenayah

    TAWAU, 26 MEI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap penduduk di Malaysia memasang dan memanfaatkan aplikasi telefon pintar Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang kini ditambah baik ke versi 2.0 sebagai kemudahan kepada masyarakat dalam membantu mencegah jenayah di Malaysia.

    Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk, Wan Hassan Wan Ahmad berkata PDRM komited memperluas penggunaan VSP kerana penggunaan aplikasi itu kurang popular.

    “Aplikasi ini telah lama diperkenal, manfaatkan ia untuk penyaluran aduan dan maklumat yang dilengkapi elemen multimedia seperti gambar, video serta koordinat GPS lokasi kejadian. Kita turut wujudkan butang panik iaitu tindakan segera oleh anggota polis yang bertugas di lapangan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan karnival pencegahan jenayah dan melancarkan Conferencing Point Pondok Polis Fajar hari ini. 

    Beliau berkata anggaran masa bagi PDRM melalui kekuatan unit kereta peronda (MPV) atau rondaan bermotosikal (URB) mengambil tindakan ialah selewat-lewatnya 12 minit selepas menerima laporan atau aduan daripada VSP.

    “PDRM mempunyai lebih 3,000 MPV dan 1,800 URB yang bergerak setiap masa untuk membantu menangani masalah jenayah di seluruh negara.

    Justeru, menerusi platform VSP, kita harapkan masyarakat dapat bersama-sama dengan PDRM membanteras jenayah di negara ini,” katanya lagi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda