Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Martin sedia hadapi cabaran

    BURIRAM, 27 OKT – Jorge Martin teruja dan kemudiannya terjatuh apabila dia mendahului catatan masa pada latihan kedua di MotoGP Thailand hari ini, manakala pendahulu kejuaraan, Francesco Bagnaia memperoleh tempat ketujuh.

    Dalam keadaan panas dan kering di Litar Antarabangsa Buriram, pelumba Pramac dari Sepanyol itu mencatat masa pusingan terbaik satu minit 29.826 saat di hadapan rakan senegaranya, Maverick Vinales dan Aleix Espargaro.

    Martin terjatuh pada minit akhir latihan petang tetapi kelihatan tidak cedera selepas motosikalnya tergelincir dan terbalik beberapa kali.

    “Saya fikir kami sebenarnya akan lebih pantas,” kata Martin kepada wartawan.

    “Saya rasa lebih bersedia untuk perlumbaan pecut berbanding Ahad. Saya rasa Ahad akan menjadi perlumbaan yang sangat panjang.”

    Aksi Martin mengejar pelumba Sepanyol, Marc Marquez daripada Repsol Honda Team semasa sesi latihan MotoGP Thailand di Litar Antarabangsa Buriram kelmarin. – AFP

    Dalam kedudukan keseluruhan dunia, pelumba Ducati dari Itali, Bagnaia berada 27 mata di hadapan Martin di tempat kedua dalam apa yang bakal menjadi persaingan dua pelumba untuk merebut gelaran.

    “Saya sangat gembira hari ini,” kata Bagnaia kepada wartawan.

    Ditanya sama ada dia akan bersaing untuk mendapatkan petak pertama pada Sabtu, Bagnaia menjawab, “Saya fikir bagi kami, keputusan yang baik ialah tiga teratas, barisan hadapan.

    “Saya mempunyai perasaan bahawa kami sangat kuat.”

    Martin ingin meninggalkan dua minggu yang menyakitkan di belakangnya selepas persembahan yang buruk apabila terjatuh di Indonesia sekali gus membuang mata pendahuluannya, serta pusingan terakhir teruk yang menghalangnya daripada menang di Australia hujung minggu lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda