Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masa depan Foster bersama All Blacks belum diputuskan

    WELLINGTON, 22 FEB – Jurulatih All Blacks, Ian Foster hari ini mengakui bahawa tidak mungkin dia akan menguruskan pasukan tahun depan, ketika spekulasi tersebar di New Zealand tentang masa depannya.

    Kontrak Foster berakhir selepas Piala Dunia Ragbi di Perancis tahun ini dan dia menjangkakan kontraknya tidak akan dilanjutkan.

    “Saya merasa sangat yakin bahawa saya tidak akan berada di sini tahun depan,” kata Foster kepada radio Newstalk ZB.

    “Saya terus ditanya mengenainya, jika saya akan membuat permohonan, tetapi persoalannya bagi saya adalah apakah yang terbaik untuk All Blacks pada 2023,” tambahnya.

    Ragbi New Zealand dilaporkan mahu kakitangan kejurulatihan All Blacks untuk 2024 dimuktamadkan menjelang April.

    Ketua jurulatih New Zealand, Ian Foster bercakap semasa sidang akhbar di Tokyo, 27 Oktober 2022. – AFP

    Jurulatih Canterbury Crusaders, Scott Robertson dan bos Jepun, Jamie Joseph telah dikhabarkan sebagai pengganti.

    Foster bimbang perdebatan ten-tang masa depannya boleh membaya-ngi persiapan Piala Dunia dan mahu sebarang pengumuman mengenai jurulatih All Blacks 2024 dibuat hanya selepas kejohanan.

    “Ini lebih kepada perdebatan tentang siapa yang akan membuat permohonan dan bukannya perkara yang betul untuk pasukan.

    “Tumpuan tunggal saya adalah pada Piala Dunia. Kami mempunyai hadiah besar untuk dimenangi. Saya lebih suka bercakap mengenainya pada 2023,” katanya

    Foster menggantikan Steve Hansen selepas Piala Dunia Ragbi 2019.

    Dia menerima tekanan ketika All Blacks mencatat keputusan tidak menentu tahun lalu dan tewas di tempat sendiri kepada Ireland dan Argentina buat kali pertama.

    Tetapi mereka menewaskan juara dunia Afrika Selatan dalam perjalanan mereka untuk memenangi Kejohanan Ragbi dan kemudian tidak tewas dalam jelajah hemisfera utara empat perlawanan mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda