Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    McTominay bantu United kekalkan saingan

    BIRMINGHAM, 12 FEB – Scott McTominay menyelamatkan harapan Manchester United untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris apabila gol lewat pemain tengah itu meraih kemenangan penting 2-1 ke atas Aston Villa kelmarin.

    Skuad kendalian Erik ten Hag amat memerlukan kemenangan di Villa Park bagi merapatkan jurang dalam perlumbaan untuk layak ke Liga Juara-juara musim depan.

    United mendapat kelebihan awal menerusi Rasmus Hojlund yang berada dalam keadaan baik sebelum Douglas Luiz menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

    Keadaan tersebut mendorong kemenangan lewat kedua United menentang Villa musim ini apabila McTominay turun dari bangku simpanan untuk menanduk masuk gol dengan hanya berbaki empat minit.

    United kekal di tempat keenam selepas kemenangan keempat berturut-turut dalam semua pertandingan, tetapi mereka kini hanya lima mata di belakang Villa yang berada di tangga kelima dan enam mata di belakang Tottenham di tangga keempat.

    “Ia adalah kemenangan besar bagi kami. Kami semakin hampir dan itulah sasaran untuk hari ini. Cara kami melakukannya, saya menyukainya,” kata Ten Hag.

    “Pada kedudukan 1-1 kami terpaksa bangkit dan kami sangat gembira mengenainya. Ia begitu terbuka, seperti perlawanan tenis. Ia boleh pergi dua arah, tetapi kami mempunyai mentaliti dan sikap untuk menang.

    “Scott hebat. Dia adalah contoh untuk ramai pemain hari ini. Dia sentiasa bersedia untuk tampil dan membuat perubahan.” – AFP

    Aksi Hojlund menjaringkan gol pembukaan pasukannya semasa perlawanan antara Aston Villa dan Manchester United di stadium Villa Park di Birmingham, England pada 11 Februari 2024. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda