Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    Medvedev mara ke pusingan seterusnya

    NEW YORK, 30 OGOS – Daniil Medvedev mempunyai permulaan yang baik untuk mempertahankan gelarannya di Terbuka AS, setelah menewaskan Stefan Kozlov 6-2, 6-4, 6-0 kelmarin.

    Sementara itu, Simona Halep tersingkir di pusingan awal, ini merupakan kemenangan pertama peringkat jelajah yang tidak dapat dilupakan untuk Daria Snigur dari Ukraine.

    Snigur mengecewakan pemain pilihan ketujuh dengan kemenangan 6-2, 0-6, 6-4, kemudian menangis selepas perlawanan yang menghadiahkan kemenangan untuk keluarga dan negaranya.

    Di gelanggang Stadium Arthur Ashe yang sama di mana Serena Williams memulakan kejohanan terakhir dalam kariernya mencipta kemenangan 6-3, 6-3 ke atas Danka Kovinic kelmarin.

    Medvedev yang menjadi pilihan utama kelihatan mempamerkan aksi meyakinkan sama seperti yang dilakukannya ketika menewaskan Novak Djokovic pada final tahun lalu untuk meraih gelaran utama pertama.

    Daniil Medvedev, membuat servis semasa pusingan pertama kejohanan tenis Terbuka AS, Isnin, 29 Ogos di New York. – AP

    Medvedev mara untuk menentang Arthur Rinderknech dari Perancis. Pemain Rusia itu sekali lagi cuba menjadi juara di Terbuka AS sejak Roger Federer menang lima kali berturut-turut dari 2004-2008.

    “Saya perlu berada di tahap terbaik pada hari Rabu dan saya akan cuba untuk melakukannya,” kata Medvedev.

    Andy Murray adalah seorang lagi pemenang awal, 10 tahun selepas memenangi satu daripada tiga gelaran Grand Slamnya di Flushing Meadows.

    Dia mengalami kekecewan pada kejohanan pertama itu dengan menewaskan pemain pilihan ke-24 Francisco Cerundolo dari Argentina 7-5, 6-3, 6-3.

    “Ia terasa seperti sudah lama,” kata Murray mengenai kemenangannya ke atas Djokovic pada 2012. “Banyak yang berlaku sejak itu dalam karier saya.”

    Manakala Djokovic yang tidak diberi vaksin COVID-19 tidak dapat menyertai kejohanan tahun ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...