Sunday, January 26, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Luar Arab Saudi buat lawatan rasmi pertama ke Lubnan

    BEIRUT, 24 JAN – Diplomat utama Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan, mengunjungi Lubnan kelmarin untuk pertama kalinya dalam sedekad, selepas bertahun-tahun hubungan yang tegang antara kerajaan kaya minyak itu dan negara kecil di Laut Tengah tersebut.

    Kunjungan Putera Faisal itu berlaku hampir dua bulan selepas gencatan senjata berkuat kuasa yang menghentikan perang antara Israel dan kumpulan pejuang Hizbullah yang memusnahkan selatan Lubnan dan merosakkan banyak keupayaan ketenteraan kumpulan tersebut.

    Kunjungan ini juga berikutan pemberontakan pantas di Syria pada bulan Disember yang menggulingkan Bashar Assad dan menamatkan puluhan tahun pemerintahan keluarganya.

    Lubnan pada bulan ini memilih presiden pertama mereka selepas lebih dua tahun dan melantik perdana menteri baharu. Kenaikan pangkat Ketua Tentera, Jeneral Joseph Aoun, sebagai presiden, serta diplomat dan bekas ketua Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Nawaf Salam sebagai perdana menteri yang dipilih, kedua-duanya dilihat sebagai pukulan besar kepada pejuang Hizbullah.

    “Kami mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap keupayaan Yang Mulia Presiden dan Perdana Menteri yang dipilih untuk melaksanakan pembaharuan yang diperlukan untuk membina keselamatan, kestabilan dan Lubnan yang bersatu,” kata putera tersebut selepas pertemuannya dengan Aoun. – AFP

    Joseph Aoun (kanan) bertemu dengan Putera Faisal bin Farhan al-Saud di istana presiden di Baabda, timur Beirut, Lubnan pada 23 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda