Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Microsoft Teams, Office bakal dipisahkan

    WASHINGTON, 2 APRIL – Microsoft akan menghentikan penggabungan aplikasi persidangan video, Teams dengan perisian Office selepas amalan itu menarik perhatian penguat kuasa anti-persaingan.

    Gergasi teknologi itu berkata kelmarin bahawa pelanggan yang membeli langganan Office mulai minggu ini tidak akan mendapat Teams yang digabungkan dengan perkhidmatan tersebut. Microsoft akan mula menjual kedua-dua produk ini secara berasingan di seluruh dunia, berikutan langkah tahun lepas untuk memisahkan produk-produk ini di Eropah.

    Langkah tersebut diambil selepas suruhanjaya eksekutif Kesatuan Eropah (EU), penguat kuasa persaingan utama blok 27 negara itu, membuka siasatan rasmi berhubung kebimbangan bahawa penggabungan Teams dengan Office memberikan syarikat tersebut kelebihan yang tidak adil berbanding pesaing.

    Siasatan itu dicetuskan oleh aduan yang difailkan pada 2020 oleh Slack Technologies, pembuat perisian pesanan tempat kerja yang popular.

    Slack, yang dimiliki oleh pembuat perisian perniagaan Salesforce, mendakwa bahawa Microsoft menyalahgunakan penguasaan pasarannya untuk menghapus persaingan – melanggar undang-undang EU dengan menggabungkan Teams secara haram dengan rangkaian Office, yang merangkumi Word, Excel dan Outlook. – AP

    Logo Microsoft kelihatan di luar ibu pejabat di Paris pada 8 Januari 2021. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda