Friday, May 17, 2024
27.7 C
Brunei

    -

    Moga Bella temui ketenangan yang dicari – Syed Saddiq

    Ahli politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi kata-kata perangsang buat penyanyi juga pelakon, Bella Astillah, 30, selepas artis itu kembali ditimpa dugaan rumah tangga baru-baru ini.

    Syed Saddiq, 32, berharap Bella akan menemui ketenangan yang dicari. Dia juga berterima kasih atas kunjungan Bella berhari raya di kediaman mereka.

    “Terus kuat Bella, kesabaran akan membawa ketenangan. Terima kasih sudi datang rumah beraya dengan keluarga,” katanya.

    Perkongsian terbabit juga nampaknya tidak terlepas mendapat usikan warganet. Ada yang berkata mereka kelihatan cukup sepadan jika menjadi pasangan.

    “Sama cantik sama padan, sesuai kalau Bella menjadi milik Syed Saddiq, kami sebagai warganet merestui kalau mereka berdua berjodohan, cepat Bella mengurat Yang Berhormat (YB)!,” kata seorang warganet.

    Syed Saddiq berharap Bella akan menemui ketenangan yang dicari. – New Straits Times

    “Tunggu apa lagi YB, sampai masa risiklah jadi orang rumah, sepadan kalian berdua, sudah boleh bayang seri pengantin nanti,” lagi komen lain.

    Kemelut rumah tangga Bella dan suaminya, penyanyi Aliff Aziz masih berterusan apabila Aliff enggan menceraikannya.

    Ia tercetus selepas suaminya dan pelakon Ruhainies ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 9 Mac lalu.

    Bella kemudian memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

    Mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Keganasan semakin menjadi di New Caledonia

    NOUMEA, 17 MEI - Keganasan berlaku di seluruh New Caledonia untuk hari ketiga berturut-turut kelmarin, beberapa jam selepas Perancis mengenakan keadaan darurat di wilayah...