Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Morikawa kembali mendahului

    INZAI, 19 OKT – Collin Morikawa kembali beraksi selepas Piala Ryder dan mendahului pusingan pembukaan satu pukulan di Kejohanan Zozo Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) di Jepun hari ini.

    Pemenang dua kali kejuaraan utama itu berehat seketika selepas menjadi sebahagian daripada pasukan Amerika yang gagal mengekalkan Piala Ryder berikutan permulaan buruk di Rom bulan lalu.

    Morikawa berkata ‘awda tidak dapat meramal masa depan awda’ selepas mengambil cuti, tetapi dia mencatatkan 6-bawah 64 tanpa bogey untuk menduduki kedudukan teratas dalam papan pendahulu awal di Narashino Country Club.

    “Saya telah berusaha dalam beberapa perkara, cuba mengawal bola golf, menghabiskan banyak masa untuk bermain semalam,” kata Morikawa, yang sedang mencari kemenangan pertamanya dalam Jelajah PGA AS sejak 2021.

    “Seronok melihat usaha yang telah saya lakukan, hanya mengulangi prestasi itu di padang golf.”

    Rakan sepasukan Morikawa dalam Piala Ryder, Xander Schauffele dan Rickie Fowler juga kembali bersaing di acara 78 pemain tanpa penyingkiran di pinggir Tokyo.

    Schauffele menamatkan pusingan dengan 3-bawah 67, manakala Fowler berada jauh di depan selepas memperoleh 1-atas 71.

    Schauffele masih belum memenangi kejuaraan musim ini tetapi dia berkata dia gembira dengan pusingan pembukaan yang ‘agak kukuh’ yang menyaksikan dia membuat birdie di ketiga-tiga lubang parlima padang golf itu.

    “Saya gembira dengan cara saya bermain, gembira dengan cara saya membuat pukulan – cuma perlu memperbaiki beberapa pukulan dari fairway,” katanya. – AFP

    Aksi Morikawa semasa pusingan pertama Kejohanan Zozo Jelajah PGA di Narashino Country Club di Inzai, wilayah Chiba kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda