Wednesday, October 30, 2024
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPA Singapura siasat insiden tumpahan minyak di Changi

    SINGAPURA, 29 OKT – Dianggarkan sebanyak lima tan minyak tumpah ke perairan Singapura berhampiran Changi semasa operasi mengisi minyak atau bunkering antara kapal kontena berdaftar Bahamas, INES CORRADO dengan sebuah kapal tangki minyak berlesen, kelmarin.

    Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) memaklumkan operasi itu dihentikan serta-merta selepas insiden berlaku pada 5:40 petang, manakala siasatan terperinci sedang dijalankan.

    “Kapal MPA tiba di lokasi sekitar 5:50 petang dan segera menyembur bahan penyerak minyak.

    “Agensi kerajaan berkaitan dimaklumkan untuk memantau kawasan pesisir pantai bagi mengesan sebarang tanda tumpahan minyak.

    “Tiada gangguan terhadap operasi pelayaran di perairan terlibat,” menurut MPA dalam dua kenyataan, hari ini.

    Setakat 8 pagi hari ini, tiada kesan minyak ditemui di kawasan sekitar laut atau di pantai berhampiran.

    MPA turut menempatkan alat pemulihan minyak di perairan luar pantai Changi sebagai langkah berjaga-jaga.

    Pihak berkuasa di Malaysia juga dimaklumkan untuk memantau sebarang tanda tumpahan minyak di kawasan perairan mereka. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda