Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Musabaqah: 32 mara ke peringkat seterusnya

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Saringan Kebangsaan bagi Tahun 1445H/2023M yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 Oktober lalu berakhir dengan majlis penyampaian hadiah di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyampaikan sagu hati kepada para hakim dan hadiah serta sijil penyertaan kepada para peserta ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.

    Menurut KHEU, seramai 42 orang peserta lelaki dan lapan orang peserta perempuan telah menyertai musabaqah tersebut dan seramai 32 orang peserta telah terpilih bagi memasuki peringkat seterusnya setelah memperolehi markah 80 peratus ke atas.

    Pada majlis itu, pengumuman keputusan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Saringan Kebangsaan bagi Tahun 1445H/2023M telah dibuat oleh Pengerusi Jemaah Hakim, Awang Mohd Ali Sabri bin Haji Yusof.

    Antara tujuan musabaqah adalah untuk melahirkan generasi muda yang boleh membaca Al-Quran dengan lancar dan sempurna serta celik Al-Quran, di samping memupuk semangat suka membaca Al-Quran dalam kalangan peserta khasnya dan menjadikannya amalan kehidupan seharian mereka.

    Musabaqah juga dihasratkan dapat menghayati isi kandungan Al-Quran agar dapat disemaikan dalam kehidupan beragama, berbangsa dan bernegara.

    Haji Mohammad Rosli menyempurnakan penyampaian hadiah sagu hati. – Gambar serahan JHEM
    Gambar serahan JHEM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda