Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Musim umrah jemaah luar negara tamat 30 Syawal

    MEKAH, 5 MEI – Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan musim umrah 1443H bagi jemaah luar negara akan tamat pada 30 Syawal ini.

    Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa lalu berkata, jemaah umrah luar negara boleh memohon untuk mendapatkan visa umrah individu melalui platform yang disediakan Arab Saudi.

    Menurut kenyataan itu, pihak kementerian akan mengumumkan tarikh permohonan haji 1443H dan prosedur berkaitan melalui saluran rasmi kementerian tidak lama lagi.

    Kenyataan itu turut menambah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengeluarkan 6,694,998 permit umrah dan 262,781 permit solat di Raudhah al-Sharifah sepanjang Ramadan yang lalu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...