Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Varian baharu masih dalam pantauan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Varian baharu yang dikesan masih dalam pemantauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sama ada ianya adalah variant of concern (VOC) atau variant of interest (VOI).

    Tidak menghairankan jika ada varian baharu muncul, selagi COVID masih menular, jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa menjawab persoalan mengenai sub varian Omicron baharu BA.4 dan BA.5 yang lebih mudah menular, adakah ia akan menjejaskan kemajuan negara ke arah Fasa Endemik penuh, pada sidang media hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, walaupun sudah didapati adanya sikit penularan, tapi ia masih dipantau sama ada ia memberi impak kepada pembukaan atau ekonomi sesebuah negara.

    “Apa yang paling penting untuk diingat, walaupun ada varian baharu ini ia masih COVID-19 dan juga Omicron, jadi apa yang diharapkan, Insya-Allah dengan adanya vaksin dan ubat antiviral ia boleh mengawal keadaan,” tambahnya.

    Beliau seterusnya menekankan bahawa pada masa ini, varian baharu itu masih dalam pemantauan dan pihaknya akan mengikuti apa juga saranan yang akan dikeluarkan nanti oleh WHO jika dua-dua sub-varian itu dikategorikan sebagai VOI atau VOC.

    Untuk setakat ini, jelas beliau, ia tidak menjejaskan dari segi Fasa Endemik negara dan dengan adanya vaksinasi dan dos penggalak yang masih dibukakan dan berjalan, diharap orang ramai akan mengamalkan apa juga prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan terutama sekali apabila berada di luar negara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...