Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar guna e-ID untuk banci kebangsaan 2024

    YANGON, 28 JAN – Myanmar akan mengadakan banci kebangsaan pada Oktober 2024 menggunakan sistem temu ramah peribadi bantu komputer.

    Pada mesyuarat yang diadakan Jumaat lalu, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negeri, Min Aung Hlaing berkata pangkalan data nasional sedang dibina untuk menggunakan sistem e-ID untuk mendaftarkan semua warganegara dalam setiap ID Unik, kata akhbar harian rasmi, The Mirror.

    Beliau menambah bahawa kerajaan, dengan meningkatkan kreativiti, sedang melaksanakan transformasi digital dalam sektor perdagangan dan pentadbiran.

    Myanmar bersedia untuk menjalankan banci penduduk dan perumahan negara untuk 2024 dari 1 Oktober hingga 15 Oktober, menurut laporan tempatan.

    Sebagai persediaan untuk banci kebangsaan, beberapa wilayah dan negeri termasuk wilayah Yangon telah membuat pengaturan seperti menyusun senarai asas, pembentukan jawatankuasa penyeliaan dan menjalankan banci percubaan, kata laporan itu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda