Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Nabil Ahmad sanggup bayar ‘gaji’ isteri

    Isteri kepada pelawak terkenal, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub mendedahkan bahawa dia pernah menjadi seorang pramugari sebelum berkahwin dengan suaminya.

    Bekas pramugari itu turut berkongsi pengalamannya sebagai ‘flower pot’ di syarikat penerbangan Air Asia menerusi temu bual bersama Zarul Umbrella.

    Saya pakai uniform, duduk sebelah VIP. Itulah ‘flower pot’, apa yang kita panggil kalau jadi kru kabin. Jadi, kalau dalam majalah ada orang yang sebelah bos besar, itulah nama ‘flower pot’.

    Menurut Zira, bukan mudah baginya untuk menjadi seorang ‘flower pot’ kerana dia perlu mengambil peperiksaan kali kedua selepas gagal semasa dalam tempoh latihan.

    Namun, kariernya sebagai pramugari hanya bertahan selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pelawak berusia 39 tahun itu.

    Sebab Haji ada cakap, “kalau awak terbang, macam mana kita nak jumpa? Terpaksalah berhenti, kalau ikutkan hati saya tak nak berhenti sebenarnya.”

    Bukan itu sahaja, Zira turut mendedahkan bahawa Nabil sanggup membayar gaji yang sama ditawarkan oleh syarikat penerbangan itu sebagai pendapatannya.

    Saya cakap dengan haji, “kalau saya berhenti, awak kena bayar gaji saya. Berapa saya dapat, itulah yang awak kena bayar setiap bulan dan dia pun setuju.” – Agensi

    Nabil Ahmad meminta isterinya untuk berhenti menjadi pramugari dan sanggup membayar gaji mengganti pendapatannya itu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan,...