Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadal, Tsitsipas intai gelaran dunia

    TURIN, ITALI, 13 NOV – Carlos Alcaraz mengharungi minggu yang mendebarkan dalam final ATP selepas Rafael Nadal dan Stefanos Tsitsipas cuba untuk merebut gelaran juara dunia daripada remaja Sepanyol itu menjelang hujung tahun ini.

    Pemain tenis ranking teratas, Alcaraz tidak berdaya untuk menghalang pesaingnya kerana dia telah terkeluar selepas mengalami kecederaan abdomen dalam Masters Paris baru-baru ini.

    Nadal berharap dia dapat memperbaiki aksi yang mengecewakan semasa di Paris apabila dia kalah dalam perlawanan perseorangan buat kali pertama dalam masa dua bulan selepas meluangkan masa di rumahnya di Mallorca bersama isteri dan anak damit lelakinya. Pemain berusia 36 tahun itu kalah kepada Tommy Paul dari Amerika Syarikat.

    Apa pasti untuk Nadal, yang memenangi gelaran juara Terbuka Australia 2022 dan Terbuka Perancis 2022 dan berada di ranking kedua, ialah untuk merangkul kejuaraan buat kali keenam pada hujung tahun ini, iaitu dengan memenangi kejuaraan di Turin.

    Namun, dia dilihat kurang berminat untuk menyertai Pete Sampras sebagai pemain kedua dalam senarai sepanjang masa yang mendapat gelaran juara dunia terbanyak.

    Aksi Rafael Nadal semasa perlawanan menentang Paul Tommy dalam Jelajah ATP Masters 1000, baru-baru ini. – AFP

    “Seperti yang selalu saya katakan, ia bukanlah keutamaan buat saya lagi, kerana awda memerlukan konsistensi yang hanya dapat dilakukan oleh pemain-pemain muda.

    “Dan sejujurnya, saya tidak suka berbincang mengenai apa yang bakal berlaku pada masa depan,” katanya kepada Gazzetta dello Sport.

    Nadal juga boleh merebut gelaran juara dunia jika dia menang kesemua tiga pertemuan dalam Kumpulan Hijau dan mara ke peringkat akhir serta pada masa yang sama Tsiptsipas tersingkir.

    Sementara itu, Tsitsipas, yang tidak pernah mencapai kedudukan lebih tinggi daripada nombor tiga, mempunyai pandangan yang berbeza berbanding Nadal.

    “Ranking tersebut dibuat atas sebab yang tertentu. Ia melambangkan sesuatu yang penting.

    “Saya rasa langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan nombor satu, yang saya harap akan dapat satu hari nanti,” dia berkata pada bulan Ogos selepas mendapat semula ranking ketiga. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda