Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Naim bengang selebriti buat podcast merepek

    Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel kesal dengan tindakan sesetengah selebriti dan pempengaruh yang mengeluarkan kenyataan bersifat dangkal dan boleh mengelirukan dalam media sosial.

    Naim berkata, mereka yang mempunyai pengaruh sepatutnya menggunakan platform itu untuk menyalurkan informasi yang boleh memberi manfaat kepada pengikut, bukannya mengeluarkan kenyataan merapu.

    “Bagi saya, kita harus bertanggungjawab atas apa yang disampaikan. Saya rasa sepatutnya podcast ini kena ada tapisan.

    “Apa sahaja isu boleh nak dibahaskan, tapi dengan siapa yang dirujuk itu penting. Contohnya, kalau oang nak borak tentang kapal selam takkan nak panggil saya?
    “Sebab sekarang bila kita lihat terutama kanak-kanak lebih minat ke arah TikTok. Benda-benda yang mudah untuk diakses.

    “Bayangkan, contohnya kandungan menjadi tular dan melekat dalam pemikiran kanak-kanak, mesti mereka akan fikir perkara itu betul.

    “Kita tidak mahu buang bangsa yang suka menimba ilmu. Kita sendiri akan rugi sebab bila makin senang, tapi tak memikirkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan,” katanya kepada BH Online.

    Sebelum ini, Naim menyelar kenyataan pempengaruh yang menganggap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak penting di platform X hingga dikecam warganet.

    Selain pempengaruh terbabit, penyanyi As’ad Motawh turut ‘dibelasah’ warganet kerana mengeluarkan kenyataan berkenaan pembaziran masa ke sekolah menerusi podcast.

    Naim atau nama penuh, Muhammad Naim Daniel Baharin mengaku emosinya terkesan tindakan segelintir selebriti dan pempengaruh ‘merepek’ dalam sesi ‘live’ memberi tanggapan buruk kepada anak seni. – Agensi

    Naim mengaku emosinya terkesan tindakan segelintir selebriti dan pempengaruh ‘merepek’ dalam sesi ‘live’ memberi tanggapan buruk kepada anak seni. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda