Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    NATO hantar kontena ke Turkiye

    LONDON, 20 FEB – NATO menghantar lebih 600 kontena untuk dijadikan penempatan sementara kepada mangsa gempa bumi di Turkiye, menurut pihak perikatan tentera itu, kelmarin.

    NATO dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kapal yang membawa kontena itu berlepas dari pelabuhan Taranto, Itali pada petang kelmarin, lapor Agensi Anadolu.

    Penghantaran itu akan menyediakan perumahan sementara untuk sekurang-kurangnya 4,000 penduduk yang terjejas akibat gempa bumi.

    “Kapal itu dijangka tiba di Iskenderun minggu depan,” menurut NATO.

    Sementara itu, NATO turut menyatakan pihaknya sedang menyelaras usaha untuk mengangkut khemah dari Pakistan ke Turkiye.

    Penghantaran kontena dan khemah itu sebagai tanda solidariti, kata Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg ketika melakukan lawatan ke Turkiye pada Khamis.

    Kira-kira 41,020 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda