Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    NBA All-Star balik ke format asal

    NEW YORK, 26 OKT – LeBron James dan pemain berbakat Perancis, Victor Wembanyama bakal bermain bersama dalam perlawanan NBA All-Star tahun depan selepas liga mengumumkan kelmarin bahawa perlawanan tahunan itu akan kembali kepada format klasik Eastern Conference melawan Western Conference.

    Perlawanan antara bakat elit NBA akan dimainkan pada 18 Februari di Indianapolis di Gainbridge Fieldhouse, rumah kepada Indiana Pacers. Indianapolis akan menjadi tuan rumah NBA All-Star buat kali pertama sejak 1985.

    Proses pengundian untuk perlawanan NBA All-Star ke-73 bagi menentukan barisan bintang All-Star akan kekal sama dengan 12 pemain dipilih daripada setiap Conference.

    Sejak enam tahun kebelakangan ini, liga telah menggunakan format di mana pemain yang mendapat undian tertinggi daripada setiap perlawanan Conference akan dijadikan sebagai kapten pasukan dan mengadakan undian untuk memilih senarai pemain lain, tanpa mengira Conference.

    Pada 2020, NBA telah menukar format pemarkahan untuk mencipta ‘skor sasaran’ di mana jumlah mata pasukan yang sedang mendahului selepas tiga suku akan dinaikkan sebanyak 24 mata, sebagai tanda penghormatan kepada nombor jersi mendiang Kobe Bryant, dan mana-mana pasukan yang mencapai skor sasaran tersebut akan memenangi pertandingan.

    Kapten pasukan perlawanan NBA All-Star akan terus menjadi pemain pemula daripada setiap perlawanan Conference yang menerima undian terbanyak daripada peminat.

    Di bawah format terdahulu, Pasukan LeBron James memenangi lima perlawanan NBA All-Star berturut-turut sebelum tewas kepada pasukan Giannis Antetokounmpo awal tahun ini. – AFP

    Tim Duncan dari Western Conference bersaing untuk jumpball menentang Dwight Howard dari Eastern Conference semasa perlawanan NBA All-Star di Stadium Cowboys di Arlington, Texas pada 14 Februari 2010. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda