Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    New Orleans tutup kem gelandangan

    HOUSTON, 17 NOV – New Orleans akan menutup Tchoupitoulas Encampment, iaitu satu dari kem gelandangan terbesar di bandar itu pada minggu ini.

    Langkah terbabit dibuat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan tempatan untuk mengurangkan bilangan gelandangan, lapor Xinhua.

    “Notis Penutupan” telah ditampal pada tiang elektrik dan di sekitar kem, manakala semua harta peribadi perlu dialihkan sebelum jam 7 pagi hari ini waktu tempatan.

    Selepas tempoh berkenaan, mereka yang masih berada di tapak berkenaan akan disabitkan kesalahan menceroboh harta kerajaan dan melanggar kod bandar, menurut notis itu.

    Kesalahan kali pertama boleh dikenakan denda tidak lebih daripada AS$500 manakala kesalahan selanjutnya boleh dikenakan denda dan penjara, lapor saluran media tempatan WDSU.

    Jabatan khidmat masyarakat telah ditugaskan di kawasan terbabit dan akan membantu menyediakan dan menyelaras perkhidmatan untuk mana-mana individu yang memerlukan tempat tinggal, perlindungan atau perkhidmatan lain, menurut pegawai tempatan.

    Selepas proses pembersihan, pagar akan dipasang di tapak terbabit dan rondaan secara berkala akan dilakukan bagi menghalang sebarang penempatan semula. – Bernama

    Gambar menunjukkan beberapa buah kem didirkan di sekitar jalan raya di Los Angeles pada 15 November 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda