Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nicholas Stephen Yarrow menang hadiah pertama

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Dengan berakhirnya promosi menarik Win an Air-Mazing Holiday with the Ultimate Travel Card yang diungkayahkan dengan kerjasama Bank Baiduri dan Penerbangan Diraja Brunei (RB), satu majlis penyampaian hadiah bagi pemenang pusingan akhir telah diadakan di Atrium Ibu Pejabat Bank Baiduri, hari ini.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada 45 orang pemenang bagi cabutan bulanan promosi berkenaan ialah Ketua Perbankan Runcit Bank Baiduri, Lim Kian Chiong, dan Pengurus Loyalty RB, April Galera Chu.

    Dalam pusingan ini, hadiah pertama berupa pakej percutian untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak ke mana-mana destinasi penerbangan RB di Asia termasuk baucar hotel, elaun perbelanjaan, set bagasi perjalanan, insta360 GO 3 Action Camera dan AirTags telah diberikan kepada Nicholas Stephen Yarrow; dan Ang Jia Hui pula membawa pulang hadiah pemenang kedua berupa 200,000 Royal Skies miles termasuk keperluan perjalanan.

    Hadiah ketiga telah dimenangi oleh Dayang Nur Hafizah binti Abdullah dengan 150,000 Royal Skies miles termasuk keperluan perjalanan; diikuti oleh Sim Yen Ming selaku penerima hadiah keempat berupa 100,000 Royal Skies miles.

    Hadiah kelima diberikan kepada Dayang Siti Nor’ain binti Haji Abdul Aziz dengan 50,000 Royal Skies miles.

    Lim Kian Chiong dan April Galera Chu hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah di Atrium Ibu Pejabat Bank Baiduri kelmarin. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda