Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    NZ tolak keahlian pakatan teknologi pertahanan AUKUS

    WELLINGTON, 1 MEI – Menteri Luar New Zealand hari ini menolak penyertaan pakatan teknologi pertahanan penting dengan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS), tetapi membidas pengkritik AUKUS sebagai ketinggalan zaman.

    Dalam mempertahankan dasar luar New Zealand yang yang berfikiran bebas, Winston Peters mengatakan asasnya telah berubah secara mendadak dan adalah tidak bertanggungjawab bagi kerajaan untuk tidak meneroka kerjasama pertahanan yang lebih mendalam dengan sekutu-sekutunya.

    Kemungkinan penyertaan New Zealand dalam usaha AUKUS untuk membangunkan teknologi ketenteraan termaju, khususnya dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI), dron bawah laut dan peluru berpandu hipersonik, telah menggugat politik negara itu.

    Bekas perdana menteri kiri tengah, Helen Clark adalah antara mereka yang berpendapat bahawa penyertaan dalam AUKUS akan mengancam kedaulatan New Zealand dan berisiko menjejas hubungan dengan rakan perdagangan utama China.

    Peters hari ini berkata hujah-hujah itu sudah lapuk, berkata di parlimen, ‘Dunia telah berubah dan begitu juga kita’.

    Memetik keputusan Sweden dan Finland yang dahulunya neutral untuk menyertai NATO, Peters berkata persekitaran strategik yang pernah dicapai untuk kepentingan New Zealand sudah tiada lagi.

    “Asas-asas ini, yang menyokong dasar luar, perdagangan dan ekonomi New Zealand dalam beberapa dekad yang lalu, telah berubah secara seismik pada suku pertama abad ke-21,” katanya. – AFP

    Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters semasa ditemui oleh wartawan di Jabatan Negara di Washington pada 11 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda