Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    NZ umum pembentukan kerajaan campuran

    WELLINGTON, 24 NOV – Tiga parti politik New Zealand (NZ) hari ini mengumumkan pembentukan kerajaan campuran baharu selepas rundingan berminggu-minggu.

    Parti Nasional memenangi pilihan raya pada 14 Oktober lepas sekali gus menggantikan Parti Bururh yang memerintah selama enam tahun, namun tidak mempunyai cukup kerusi untuk membentuk kerajaan.

    Kerajaan baharu itu terdiri beberapa gabungan parti iaitu Parti Nasional, Parti ACT NZ dan Parti NZ First, kata bakal Perdana Menteri, Christopher Luxon, yang juga ketua Parti Nasional semasa majlis menandatangani perjanjian gabungan itu di Parlimen, lapor Xinhua.

    Pemimpin NZ First, Winston Peters, akan menjadi timbalan perdana menteri untuk tempoh separuh pertama penggal parlimen tiga tahun dan pemimpin ACT, David Seymour, akan menjadi timbalan perdana menteri untuk separuh kedua penggal.

    Peters juga memegang jawatan menteri luar dan Seymour sebagai menteri yang menilai peraturan dan kualiti peraturan sedia ada.

    Kabinet 20 ahli itu terdiri daripada 14 menteri dari Parti Nasional, masing-masing tiga menteri daripada ACT dan NZ First. Nicola Willis dari Parti Nasional dilantik sebagai menteri kewangan.

    Kerajaan baharu itu akan mengangkat sumpah pada Isnin. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda