Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Objek misteri terdampar di pantai Australia

    SYDNEY, 18 JULAI – Pihak berkuasa Australia sedang meneliti asal usul objek besar yang tidak dikenal pasti terdampar di pantai terpencil di Australia Barat, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media tempatan.

    Polis Australia Barat, kelmarin, memaklumkan pihaknya sedang menyelaras siasatan mengenai asal-usul objek silinder diselaputi teritip, yang ditemui di pantai berhampiran Teluk Jurien pada Ahad, kira-kira 250 kilometer ke utara Perth.

    “Objek itu mungkin berasal dari kenderaan pelancar angkasa dan kami sedang berhubung dengan rakan sejawatan global yang mungkin dapat memberi lebih banyak maklumat,” menurut Agensi Angkasa Australia (ASA) pada kelmarin dalam ciapan di Twitter.

    “Memandangkan asal usul objek itu tidak diketahui, masyarakat setempat harus mengelak daripada menyentuh atau cuba mengalihkan objek itu.”

    Agensi berita AAP memetik laporan polis bahawa analisis objek oleh Jabatan Bomba dan Perkhidmatan Kecemasan dan Pusat Kimia Australia Barat menentukan item itu selamat dan tiada risiko semasa kepada masyarakat.

    Program Sunrise on 7 memetik kenyataan Pusat Angkasa Antarabangsa di Universiti Australia Barat bahawa objek itu dipercayai dari pelancaran angkasa India pada beberapa bulan lalu. – Bernama

    Objek berbentuk silinder dilihat di pantai terpencil di Australia Barat, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda