Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operasi Lufthansa lumpuh

    BERLIN, 15 FEB – Gangguan serius terhadap sistem komputer hari ini telah melumpuhkan operasi syarikat penerbangan Lufthansa di seluruh dunia, menyebabkan banyak penerbangan tertangguh atau dibatalkan, lapor agensi Anadolu.

    Sistem yang terjejas itu termasuk daftar masuk dan sistem untuk menaiki pesawat. Menurut saluran televisyen (TV) Jerman RTL, dalam beberapa kes, operasi dijalankan secara manual manakala saluran berita n-tv melaporkan tiada pesawat boleh beroperasi ketika ini.

    Pesawat serta penumpang dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Frankfurt. Usaha sedang dilakukan untuk mencari penyelesaian, menurut jurucakap di Frankfurt pada hari ini.

    Menurut data portal Flightradar24, banyak penerbangan telah ditangguhkan atau dibatalkan hari ini dan sehingga ini belum jelas punca gangguan sistem itu. – Bernama

    Gambar bertarikh 2 September 2022 menunjukkan papan yang mengumumkan pembatalan penerbangan di terminal Lufthansa di lapangan terbang Franz-Josef Strauss, Munich, Jerman. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda