Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Kabat tahan tujuh warga asing

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Tujuh orang warga asing telah ditahan dalam tiga Operasi Kabat yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) di beberapa lokasi.

                Menurut kenyataan yang dikeluarkan JIPK, dalam Operasi Kabat 62/2024 yang menyasarkan tapak pembinaan rumah di Mukim Berakas B, empat orang warga asing telah diperiksa dan seorang daripadanya ditahan dan dibawa ke Bahagian Pengkuatkuasa Undang-Undang bagi siasatan lanjut.

    Individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen asal dan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Bab 15(1), Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa di negara ini setelah pas imigresennya mansuh.

                Operasi Kabat 63/2024 pula menyasarkan sebuah bengkel kereta di Mukim Pekan Tutong dan beberapa buah rumah sewa di Mukim Keriam di mana 21 orang warga asing telah diperiksa dan lima daripadanya ditahan.

    Pegawai penguat kuasa membuat pemeriksaan semasa Ops Kabat. – GAMBAR SERAHAN JIPK

    Tiga orang warganegara asing tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah sementara itu, dua orang pula dipercayai melakukan kesalahan di bawah Bab 15(1) Akta Imigresen, Penggal 17 dan di bawah Peraturan 15(2), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu bekerja dengan majikan lain.

    Manakala itu, Operasi Kabat 64/2024 yang menyasarkan pondok di Mukim Kilanas telah menyaksikan seorang warga asing ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Bab 15(1), Akta Imigresen, Penggal 17.

    Salah seorang warga asing yang ditahan semasa Ops Kabat dijalankan. – GAMBAR SERAHAN JIPK

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pesalah-pesalah imigresen adalah dialu-alukan untuk menghubungi terus hotline JIPK di talian 8734888 atau 8753888 (Bandar Seri Begawan) dan 8984111 (Kuala Belait).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda