Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Orlando Bloom tetap berkawan dengan Kim

    Pelakon Orlando Bloom tetap berkawan dengan Kim Kardashian meskipun bintang realiti itu sudah tidak bersama dengan sahabat baiknya, Pete Davidson.

    Kedua-dua selebriti terkenal itu dilihat berbual mesra ketika mereka hadir. Orlando hadir ke majlis yang dianjurkan adik kepada Kim iaitu Kendall Jenner. Pada majlis itu, Kim dan Orlando dilihat mesra seperti tiada apa-apa berlaku. Menurut sumber, Orlando adalah individu paling rapat dengan Pete dan menjadi tempat meluahkan perasaan sedih selepas berpisah dengan Kim.

    “Boleh dikatakan Orlando merupakan orang pertama yang ‘meminjamkan’ bahu kepada Pete ketika dia berpisah dengan Kim.

    “Mereka menjadi akrab selepas kedua-duanya turut terlibat dalam sebuah projek di Australia.

    “Orlando banyak menasihatinya agar tidak terlalu mengikut perasaan dan fokus kepada kariernya yang sedang berkembang,” kata sumber berkenaan.

    Pete dan Kim mengambil keputusan berpisah hanya selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan cinta. – Agensi

    Orlando adalah individu paling rapat dengan Pete dan menjadi tempat meluahkan perasaan sedih selepas berpisah dengan Kim. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...