Monday, December 2, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    P.Diddy mohon ikat jamin kali kedua

    Selepas beberapa permohonannya gagal, mogul rap P. Diddy sekali lagi menawarkan pakej ikat jamin sebanyak AS$50 juta (RM219.7 juta) termasuk sebuah banglo mewah bernilai RM210 juta di Florida.

    USA Today melaporkan cadangan tersebut dikemukakan Diddy bagi membolehkan dia dibebaskan dari tahanan penjara dekat Brooklyn selepas ditahan selama lapan minggu atas tuduhan melakukan pemerdagangan seks.

    Ini bukan kali pertama Diddy menawar pakej ikat jamin berkenaan, namun kesemua tawarannya ditolak pihak mahkamah atas alasan risiko kemungkinan dia melarikan diri dan mengugut saksi.

    Peguam Diddy iaitu Alexandra Shapiro turut mengemukan syarat tambahan dengan jaminan bahawa mogul hip hop itu tidak akan melarikan diri atau mendatangkan bahaya kepada masyarakat.

    Jelasnya, dia bercadang agar Diddy diletakkan di bawah pengawasan ketat pihak berkuasa selain ditahan di kediamannya tanpa berhubung dengan pihak luar.

    Gambar mStar

    Malah penyanyi itu turut tidak diberikan akses Internet termasuk pasport antarabangsa miliknya diserahkan kepada mahkamah.

    Pada 16 September lalu, Diddy ditahan polis di sebuah hotel atas tuduhan melakukan pemerdagangan seks dan serangan seksual terhadap lebih daripada 100 mangsa termasuk remaja di bawah umur.

    Sejak kes tersebut menjadi bualan, ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa produser terkenal itu seperti Usher, Justin Bieber dan Meek Mill.

    Diddy yang kini masih dalam tahanan bagaimanapun tidak mengaku atas semua kesalahan tersebut.

    Diddy sanggup mencagarkan banglo mewah miliknya dalam pakej ikat jamin berkenaan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda