Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Pakistan, Afghanistan tingkatkan perdagangan, kurangkan ketegangan

    ISLAMABAD, 8 MEI — Pakistan dan kerajaan Afghanistan yang dilantik oleh Taliban telah bersetuju untuk meningkatkan perdagangan dan meredakan ketegangan di sepanjang sempadan mereka di tengah-tengah lonjakan serangan militan ke atas pasukan keselamatan, kata pegawai hari ini.

    Menteri Luar Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari dan menteri luar Afghanistan yang dilantik oleh Taliban, Amir Khan Muttaqi, mencapai perjanjian itu kelmarin di Islamabad, menurut Kementerian Luar Pakistan. Perjanjian itu direka untuk meningkatkan perdagangan dua hala, memerangi keganasan dan meningkatkan hubungan dua hala.

    Terdahulu, Bhutto Zardari dan Muttaqi turut mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar China, Qin Gang, yang bermula dari beberapa tahun kebelakangan ini apabila dialog sedemikian telah ditangguhkan, menurut penganalisis, yang mengatakan China sedang mengembangkan pengaruhnya di rantau ini. China juga telah memainkan peranan dalam menyambung semula hubungan diplomatik Saudi-Iran.

    Di Pakistan, Beijing membiayai apa yang digelar sebagai Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC), pakej mega yang merangkumi projek seperti pembinaan jalan raya dan loji jana kuasa serta meningkatkan hasil pengeluaran pertanian.

    Pakej itu dianggap sebagai talian hayat bagi negara Islam yang miskin ini, yang kini menghadapi salah satu krisis ekonomi terburuknya di tengah-tengah perbincangan yang terhenti mengenai penyelamatan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). – AP

    Dalam foto yang dikeluarkan oleh Inter Services Public Relations ini, Muttaqi (kiri), bertemu dengan Panglima Tentera Pakistan, Jeneral Asim Munir, di Rawalpindi, Pakistan, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...