Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakistan berdukacita dengan pemergian Amjad Islam Amjad

    NEW DELHI, 10 FEB – Pakistan berdukacita dengan pemergian penyair dan penulis terkemuka Amjad Islam Amjad, 78, yang meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini di Lahore.

    Beliau pernah dianugerahkan Sitara-e-Imtiaz, anugerah awam ketiga tertinggi di Pakistan serta Anugerah Tamgha-e-Husn-e-Karkardagi (Pride of Performance Award) yang mengiktiraf sumbangan luar biasa beliau dalam bidang sastera, perubatan, sains dan sukan.

    Pada 2019, Amjad pernah menerima anugerah berprestij Turkiye iaitu Anugerah Budaya dan Seni Antarabangsa Necip Fazil.

    “Hari ini, Pakistan kehilangan seorang penyair dan penulis yang hebat,” kata Presiden Arif Alvi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda