Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakistan kecam Israel serang kedutaan Iran di Syria

    NEW DELHI, 2 APRIL – Pakistan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas kedutaan Iran di ibu negara Syria, Damsyik kelmarin dan menyifatkan serangan itu meningkatkan ketegangan di rantau bergolak itu.

    Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, serangan itu adalah pencabulan kedaulatan Syria yang tidak boleh diterima dan menjejaskan kestabilan dan keselamatannya selain pelanggaran undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    “Kami menyeru Majlis Keselamatan PBB untuk menghalang Israel daripada meneruskan operasi ketenteraan di rantau ini selain tindakan haramnya menyerang negara jiran dan menyasarkan kemudahan diplomatik asing,” katanya.

    Pesawat perang Israel mengebom bangunan tambahan konsulat dan membunuh tujuh pegawai termasuk komander tertinggi Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC).

    Sementara itu, Iran telah berikrar untuk membalas dendam terhadap serangan Israel.

    “Iran, sambil mengekalkan hak untuk bertindak balas akan memutuskan sendiri cara bertindak balas dan menghukum penceroboh itu,” kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani.- Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda