Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakistan sediakan pusat penahanan bagi warga Afghanistan

    ISLAMABAD, 26 OKT – Kerajaan Pakistan berkata hari ini bahawa ia akan membuka beberapa pusat penahanan untuk pendatang tanpa izin kerana tarikh akhir pengusiran bagi ratusan ribu rakyat Afghanistan semakin dekat.

    Islamabad memberi tempoh hingga 1 November kepada penduduk Afghanistan yang mereka dakwa tinggal secara haram di Pakistan untuk pergi meninggalkan negara itu secara sukarela atau berdepan pengusiran – arahan yang dikatakan oleh kerajaan Taliban sebagai gangguan.

    “Pusat-pusat itu telah dinamakan sebagai pusat penahanan. Pendatang tanpa izin akan ditempatkan di sana,” kata Sarfraz Bugti, menteri dalam negeri sementara, pada satu sidang media.

    “Mereka akan diberikan kemudahan perubatan dan makanan. Kanak-kanak, wanita dan warga emas akan diberikan layanan istimewa. Tetapi pada masa yang sama, selepas 1 November, kami tidak akan berkompromi terhadap pendatang tanpa izin,” kata Bugti, tanpa memberikan butiran lanjut.

    Feroz Jamal, jurucakap kerajaan Khyber Pakhtunkhwa, berkata tiga pusat akan siap di wilayah itu, yang bersempadan dengan Afghanistan, menjelang tarikh akhir. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda