Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Palang Merah buka hospital medan di Rafah

    GAZA, 15 MEI – Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), kelmarin, mengumumkan pembukaan sebuah hospital medan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan kapasiti 60 katil.

    Dalam satu kenyataan, ICRC berkata hospital medan itu bertujuan untuk melengkapi dan menyokong kerja Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dalam memenuhi keperluan kesihatan yang besar di Gaza, lapor Xinhua.

    Pasukan hospital itu terdiri daripada kira-kira 30 pekerja perubatan yang menyediakan penjagaan pembedahan kecemasan, penjagaan kesihatan ibu dan anak, penjagaan neonatal, perkhidmatan pediatrik, dan klinik pesakit luar.

    Hospital medan yang dikendalikan oleh ICRC dengan penyelarasan persatuan Palang Merah tempatan dan antarabangsa akan dapat menyediakan rawatan perubatan untuk kira-kira 200 orang setiap hari.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 23 daripada 39 hospital di Gaza tidak lagi berfungsi. – Bernama

    Pekerja Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menggali sekitar mayat seorang lelaki di dalam runtuhan bangunan yang musnah dalam serangan udara Israel di Nuseirat, Semenanjung Gaza, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda