Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Parti politik Kemboja sedia bertanding

    PHNOM PENH, 23 FEB – Parti-parti politik di Kemboja hari ini menamatkan kempen selama 14 hari untuk pilihan raya Senat Ahad ini, tanpa sebarang laporan keganasan atau insiden, kata seorang pegawai Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEC).

    Kira-kira empat parti akan bertanding dalam pilihan raya itu, iaitu Parti Rakyat Kemboja (CPP) yang memerintah, Parti Funcinpec, Parti Khmer Will, dan Parti Nation Power.

    Anggota NEC, Som Sorida, berkata tiada laporan kejadiaan yang luar biasa atau kesalahan berlaku sepanjang kempen dua minggu itu.

    Pilihan raya untuk Dewan Negara yang diadakan setiap enam tahun itu adalah pilihan raya bukan universal kerana rakyat biasa tidak mengambil bahagian dalam proses pilihan raya tersebut.

    Menurut NEC, kesemua 125 ahli Dewan Negara dan 11,622 ahli Majlis Komuniti akan berada di 33 buah pusat berkumpul di seluruh negara.

    Dewan Negara mempunyai 62 kerusi, tetapi undian akan diadakan untuk 58 kerusi sahaja, kerana dua senator akan dilantik oleh Raja Kemboja, Norodom Sihamoni, dan dua lagi oleh Dewan Negara, atau Dewan Rakyat.

    Pada pilihan raya Senat yang lalu pada 2018, CPP memenangi kesemua 58 kerusi. – Xinhua

    Gambar Web Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda