Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Go Brunei bersaing di HK

    Oleh James Kon –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Pasukan Go Brunei baru-baru ini telah menyertai Pertandingan WeiQi Pelajar Universiti Antarabangsa Hong Kong Piala Empat Laut ke-2 yang berlangsung baru-baru ini di Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong (HKUST).

    Dalam pertandingan tersebut Pasukan Go Brunei telah diketuai oleh Chin Sin Voon. Manakala para peserta yang mewakili negara pada pertandingan itu terdiri daripada Sia Kao Xiang, Zhao Zhengbo dan Lee Jin Quan.

    Di antara negara dan wilayah yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan itu ialah China, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia, Vietnam, Brunei, Chinese Taipei, Hong Kong dan Macau.

    Ini adalah kali pertama pasukan negara mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut di mana ia diharap dapat menonjolkan prestasi mereka sekali gus menjadi batu loncatan ke arah peningkatan.

    Pasukan Go Brunei bergambar ramai semasa pertandingan itu. – GAMBAR OLEH PERSATUAN GO BRUNEI DARUSSALAM
    GAMBAR OLEH PERSATUAN GO BRUNEI DARUSSALAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda