Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Sofbol Wanita Brunei menang besar

    Oleh James Kon – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Pasukan Sofbol Wanita Brunei mencatatkan dua kemenangan pada hari kedua Masters Fastpitch Softball 2023 yang sedang berlangsung di Pattaya, Chonburi, Thailand.

    Pada perlawanan pertama hari itu, pasukan Brunei menumpaskan pasukan Malaysia Ladies 11-1 dan kemudiannya menang 10-0 menentang pasukan Hong Kong Ladies Master pada sebelah petang.

    Sementara itu, pasukan Masters Brunei gagal dalam perlawanan menentang pasukan Kobra Indonesia dengan mata 4-12 dan mengalami kekalahan kedua dalam kejohanan itu.

    Pasukan Sofbol Wanita Brunei bergambar ramai bersama pasukan Hong Kong Ladies Master di Pattaya, Chonburi, Thailand. – Gambar oleh James Kon
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda