Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    PBB galakkan rundingan atasi krisis Afghanistan

    DOHA, 30 APRIL – Ketua Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres akan mengumpulkan utusan antarabangsa di lokasi rahsia di Doha esok dalam usaha yang semakin terdesak untuk mencari cara mempengaruhi pemerintah Taliban Afghanistan.

    Dianggap sebagai krisis kemanusiaan terbesar di dunia oleh PBB, kegusaran Guterres telah diperburuk oleh tindakan pentadbiran Taliban untuk menghalang kanak-kanak perempuan pergi ke sekolah dan kebanyakan wanita daripada bekerja, termasuk bekerja dengan agensi PBB.

    Kerajaan Taliban, yang mengambil semula kuasa pada Ogos 2021, tidak akan hadir dalam rundingan dengan wakil dari kira-kira 25 negara dan organisasi antarabangsa, menurut para diplomat.

    Menjelang rundingan itu, sekumpulan kecil wanita mengadakan protes di Kabul kelmarin bagi menentang sebarang pengiktirafan antarabangsa terhadap kerajaan Taliban.

    Tetapi PBB dan kuasa Barat bertegas bahawa perkara ini tidak akan dibincangkan.

    Kumpulan wanita Afghanistan memegang sepanduk ketika berarak membantah di Kabul bagi menyuarakan penentangan terhadap negara asing yang secara rasmi mengiktiraf kerajaan Taliban menjelang sidang kemuncak PBB. – AFP

    “Sebarang pengiktirafan terhadap Taliban adalah di luar jangkaan,” kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Vedant Patel.

    Tetapi, selain daripada mengesahkan bahawa kepimpinan Taliban tiada dalam senarai peserta, PBB enggan menyatakan di mana di ibu negara Qatar rundingan itu diadakan, atau siapa yang akan menyertai Guterres.

    Setiausaha Agung PBB akan memberi maklumat terkini mengenai semakan operasi bantuan kritikal badan dunia itu di Afghanistan, yang diarahkan pada April selepas pihak berkuasa di sana menghentikan wanita Afghanistan bekerja dengan agensi PBB, kata diplomat.

    PBB berkata, ia berhadapan dengan ‘pilihan yang mengerikan’ sama ada untuk mengekalkan operasi besarnya di negara berpenduduk 38 juta itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...