Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pejuang AA rampas bandar pelabuhan

    BANGKOK, 25 JAN – Pejuang dari kumpulan bersenjata etnik minoriti Myanmar telah merampas kawalan sebuah bandar pelabuhan selepas lebih dua bulan pertempuran sengit dengan tentera junta, kata mereka.

    Tentera Arakan (AA) berkata lewat kelmarin ia ‘menguasai sepenuhnya’ Pauktaw, sebuah bandar dengan 20,000 penduduk berdekatan dengan pelabuhan air dalam yang penting di ibu negeri Rakhine barat.

    Pejuang AA sebelum ini sempat merampas Pauktaw pada bulan November, menggagalkan gencatan senjata yang sebahagian besarnya diadakan sejak rampasan kuasa tentera pada 2021.

    Junta telah menggunakan artileri dan kapal tentera laut untuk mengebom bandar itu hampir setiap hari sejak itu dan menyerangnya dengan tembakan dari helikopter, penduduk memberitahu AFP.

    Imej Google Earth baharu Pauktaw menunjukkan satu blok kawasan pusat bandar hampir keseluruhannya roboh dan beberapa bangunan mengalami kerosakan berhampiran pelabuhannya.

    Beberapa bangunan di perkarangan balai polis turut musnah.

    AFP tidak dapat mengesahkan dakwaan AA dan komunikasi dengan Pauktaw kekal terputus.

    Sumber yang rapat dengan AA memberitahu AFP awal minggu ini pejuangnya sedang menjalankan ‘operasi pembersihan’ di bandar itu. – AFP

    Orang ramai berusaha melarikan diri dari sebuah kampung selepas pertempuran semula antara tentera Myanmar dan pejuang AA di Bandar Pauktaw, barat Negeri Rakhine. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda