Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Pelajar Uganda kembali ke sekolah setelah hampir dua tahun

    KAMPALA, 10 JAN – Uganda menamatkan penutupan sekolah paling lama di dunia hari ini, mengarahkan berjuta-juta pelajar kembali ke sekolah, hampir dua tahun selepas pembelajaran digantung kerana pandemik COVID-19.

    Pelajar berpusu-pusu memasuki pagar sekolah yang telah ditutup pada Mac 2020 apabila COVID-19 melanda dunia, menyapa guru dan rakan-rakan selepas 83 minggu berpisah.

    “Saya sangat gembira kerana saya merindui sekolah, guru saya, kawan serta pelajaran saya,” kata Nawilah Senkungu yang berusia 10 tahun kepada AFP di sekolah rendah Nakasero di Kampala, di mana guru menggalakkan pelajar memakai pelitup muka dan mencuci tangan.

    Menteri pendidikan, John Muyingo berkata semua pelajar rendah dan menengah akan menyambung semula pembelajaran secara automatik setahun di atas tahap mereka berhenti dan menggesa sekolah mematuhi protokol kesihatan.

    “Semua sekolah telah melaksanakan garis panduan dan prosedur operasi standard untuk memastikan kepulangan pelajar-pelajar ke sekolah dengan selamat dan langkah telah diambil untuk memastikan mereka yang tidak mematuhinya,” katanya kepada AFP.

    Namun bagi sesetengah ibu bapa, kembali ke sekolah adalah sukar selepas kesakitan ekonomi yang disebabkan oleh sekatan perjalanan pandemik COVID-19.

    Everyln Nyakato, seorang pekerja salun dan ibu tunggal berusia 42 tahun kepada lima anak, berkata dia bimbang untuk menampung yuran dan kos sekolah lain.

    “Malah sebelum penularan COVID-19, saya bergelut untuk membayar yuran sekolah. Sejak pandemik itu, saya tidak bekerja kerana kerajaan menutup perniagaan kami,” katanya kepada AFP di perhentian bas yang sesak di Kasubi, pinggir bandar Kampala. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...