Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Peluang menang hadiah menarik daripada BIBD

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Orang ramai berpeluang untuk memenangi hadiah menarik, mendapat tawaran eksklusif dan pengalaman perbankan digital apabila berkunjung ke pavilion BIBD semasa Ekspo Produk Tempatan 2022 yang sedang berlangsung di Dewan BRIDEX 1 sebagai sebahagian daripada Festival Disember Brunei 2022.

    Menurut kenyataan BIBD, di sini, hadir di pavilion BIBD semasa perasmian ekspo berkenaan kelmarin ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman dan Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Dengan tema Enabling Business Digitally, Pameran BIBD menumpukan kepada barisan penyelesaian perbankan digital bagi pelanggan runcit dan korporat, membawa agenda digital kepada pasaran massa dan menggalakkan transaksi tanpa tunai.

    Orang ramai boleh mencuba sendiri Kios Layan Diri, yang membolehkan pelanggan untuk membeli barangan secara mudah dan selamat secara langsung daripada kios skrin sentuh.

    BIBD juga mengetengahkan produk dan penyelesaian yang bertujuan untuk membantu perusahaan mikro dan kecil tempatan berkembang, daripada akaun MSME kepada perkhidmatan SME360 yang menggabungkan kemudahan perbankan digital melalui BIBD Biznet.

    Semasa ekspo itu, BIBD juga akan mengetengahkan kisah-kisah kejayaan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan semasa sesi dialog.

    Sebagai rakan kongsi perbankan rasmi bagi Ekspo Produk Tempatan 2022, BIBD juga menawarkan barisan tawaran dan promosi yang menarik bagi pelanggan sepanjang ekspo berkenaan.

    Pelanggan yang menggunakan BIBD QuickPay untuk membuat pembeliaan daripada penjual tempatan di ekspo berkenaan akan menerima hadiah eksklusif daripada BIBD serta layak untuk memenangi hadiah Apple Watch Ultra sebagai sebahagian daripada kempen NEXGEN Wallet BIBD.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bergambar ramai di pavilion BIBD pada hari pertama Ekspo Produk Tempatan 2022.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...