Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembangun ‘League of Legends’ Riot Games umum buang 530 kakitangan

    BANGKOK, 23 JAN – Riot Games, pembangun permainan pertempuran berbilang pemain ‘League of Legends’ yang popular menyertai syarikat teknologi lain yang telah mengurangkan senarai gaji mereka dengan pemberhentian sebanyak 11 peratus kakitangannya.

    Dalam satu kenyataan panjang lebar kepada kakitangan yang dikeluarkan lewat kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif, Dylan Jadeja berkata langkah itu bertujuan untuk ‘mewujudkan tumpuan dan menggerakkan kita ke arah masa depan yang mampan’. Ia berkata 530 pekerjaan telah dihapuskan, menyumbang kira-kira 11 peratus daripada tenaga kerja syarikat.

    Jadeja berkata, syarikat yang berpangkalan di Los Angeles, California itu telah mengembangkan pelaburannya merentasi terlalu banyak kawasan, menggandakan kakitangannya dalam beberapa tahun, dan kini mengurangkan tumpuan kepada permainan.

    Riot Games berkata ia akan membayar kakitangan yang diberhentikan enam bulan gaji sekurang-kurangnya, bonus tunai dan faedah lain.

    Pemotongan pekerjaan telah memberi kesan kepada pekerja merentasi pelbagai industri – termasuk runcit, teknologi, media dan hospitaliti – sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pemberhentian telah diumumkan di Google, Amazon, Hasbro, LinkedIn dan banyak lagi.

    Ramai telah berada dalam sektor teknologi, yang mengambil pekerja secara besar-besaran semasa pandemik, apabila orang ramai menghabiskan masa terkurung di rumah bermain permainan dalam talian. – AP

    Pesaing bermain dalam pertandingan permainan video siri kejohanan ‘League of Legends’ di Penny Arcade Expo, perayaan permainan yang mengutamakan peminat, di Seattle pada 29 Ogos 2014. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda