Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pembunuh bekas PM Jepun didakwa

    TOKYO, 13 JAN – Pihak berkuasa Jepun mendapati lelaki yang dituduh membunuh bekas perdana menteri Shinzo Abe, layak untuk dibicarakan selepas penilaian psikiatri yang panjang, kata media tempatan hari ini.

    Rakaman televisyen menunjukkan Tetsuya Yamagami dipindahkan ke balai polis di barat Nara, dari pusat tahanan di Osaka, tempat dia menghabiskan masa lima bulan lalu menjalani penilaian.

    Penilaian mendapati lelaki berusia 42 tahun itu layak untuk didakwa, menurut akhbar Yomiuri Shimbun.

    Pendakwa raya bersedia untuk mendakwanya pada Jumaat, kata penyiar nasional NHK.
    Polis tempatan dan pendakwa raya enggan mengulas mengenai kes Yamagami ketika dihubungi AFP.

    Yamagami telah ditahan di tempat kejadian selepas Abe ditembak mati pada siang hari ketika beliau menyampaikan ucapan kempen di Nara pada bulan Julai.

    Suspek dilaporkan menyasarkan Abe dengan kepercayaan bahawa bekas perdana menteri itu dikaitkan dengan Gereja Unification.

    Yamagami dilaporkan membenci gereja atas sumbangan besar ibunya yang menyebabkan keluarganya muflis.

    Gambar fail yang diambil pada 10 Julai 2022 menunjukkan Tetsuya Yamagami, lelaki yang dituduh membunuh bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, diiringi polis semasa meninggalkan balai polis Nara Nishi untuk menuju ke pejabat pendakwa raya di Nara. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...