Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin Korea S, China, Jepun bertemu untuk dialog tiga pihak

    SEOUL, 26 MEI – Pemimpin Korea Selatan, China dan Jepun bertemu hari ini dan esok di Seoul untuk satu sidang kemuncak, memulakan semula dialog tiga pihak buat pertama kali sejak 2019, lapor Yonhap.

    Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, akan mengadakan perbincangan dua hala berturut-turut dengan Perdana Menteri China, Li Qiang dan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, di pejabat presiden hari ini dan mengadakan sesi trilateral dengan kedua-dua pemimpin esok.

    Itu menandakan sidang kemuncak tiga pihak pertama antara negara-negara Asia berkenaan sejak Disember 2019, selepas tertangguh akibat pandemik COVID-19 dan hubungan tegang Seoul-Tokyo berhubung pertikaian sejarah.

    Ketiga-tiga pemimpin akan membincangkan enam bidang kerjasama iaitu ekonomi dan perdagangan, pembangunan mampan, isu kesihatan, sains dan teknologi, pengurusan bencana dan keselamatan serta pertukaran antara rakyat. – Bernama

    Perdana Menteri China Li Qiang (kiri) berjalan bersama Naib Menteri Luar Negeri Korea Selatan Kim Hong-kyun (R) sebaik tiba di Pangkalan Udara Seoul. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda